Pihak Jawatankuasa Pengelola sangat berbesar hati kerana program tersebut telah dirasmikan oleh YB Tn. Hj Zainuddin b Mohd Yusof, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Lubuk Merbau serta Timbalan YDP Pas Kawasan Padang Rengas.
Sebayak 6 buah PASTI di kawasan Padang Rengas yang mengambil bahagian dalam sukan tersebut. Murid- murid PASTI
menunjukkan semangat perjuangan yang tinggi dalam setiap acara yang dipertandingkan, menggambarkan semangat mereka untuk menerajui pimpinan PAS pada masa akan datang.Disamping acara pelajar PASTI, disediakan acara- acara selingan untuk guru- guru PASTI, Pegawai Sukan, Bekas Pelajar PASTI, remaja perempuan, remaja lelaki dan golongan dewasa. Antara acara tradisi sukan ini ialah "menunggang motosikal lambat".Pada tahun ini pula ditambah dengan acara baru seperti "menunggang basikal lambat" dan acara "jet daun lalang" yang sangat popular bagi kanak- kanak era 80an dan sebalumnya.
Kemuncak acara ialah penyampaian hadiah kepada peserta dan cabutan nombor bertuah.