Walaupun pelbagai alasan yang diberikan untuk menghalalkan rampasan kuasa di Perak, namun alasan- alasan tersebut semakin hari semakin memakan diri.
Pakatan Rakyat di Perak terus konsisten mendesak agar pembubaran DUN Perak dibuat bagi menamatkan segala krisis politik yang berlaku di Perak. Siapa yang bakal menjadi pilihan rakyat Perak sama ada Pakatan Rakyat atau BN bukanlah persoalan utama, tetapi soal pemilihan pemerintah mestilah dikembalikan kepada rakyat.
Desas desus pembubaran DUN Perak ada asasnya, terutamanya krisis perlembagaan yang melibatkan status Menteri Besar Perak yang sah masih gagal diumumkan oleh mahkamah persekutuan, walaupun perbicaraannya telah lama selesai. Kita sedia maklum sekiranya Zambery yang menang sudah pastilah keputusan akan diumumkan sebaik sahaja perbicaraan selesai.
Saya kira rakyat boleh membuat penilaian mengapakah keputusan tersebut ditangguhkan, malah menurut sumber yang diperolehi oleh Dato' Seri Nizar bahawa keputusan tersebut ditangguhkan kerana keputusan mahkamah berpihak kepada beliau. Demikian menurut beliau ketika menyampaikan tazkirah di Kuala Kangsar semalam.
Walau apa pun BN kini berada dalam keadaan BUBAR SALAH, TAK BUBAR DUN PUN SALAH.
Sekiranya BN memilih untuk membubarkan DUN Perak, ternyata rompakan kuasa oleh BN di Perak adalah benar dan tidak mengikut perlembagaan.
Sekiranya BN memilih untuk terus memerintah, seluruh dunia akan menyaksikan kegagalan sistem kehakiman negara dalam menyelesaikan krisis politik di Perak kerana kegagalan membuat keputusan. Ini juga bermakna Sultan atau pun Yang Dipertuan Agong berkuasa dalam melucutkan jawatan Menteri Besar atau Perdana Menteri pada masa akan datang mengikut budi bicara baginda.
Walau apa pun, kita tunggu dan lihat apa seterusnya permainan mereka...
"DAN SESUNGGUHNYA MEREKA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG. DAN ALLAHLAH SEBAIK- BAIK PERANCANG"