17 January 2010

Nizar-ISU KALIMAH ALLAH MERUPAKAN PERANGKAP UMNO

Setelah isu kerajaan perpaduan berjaya ditangani oleh Pas kini UMNO memainkan isu yang baru dalam usaha memerangkap Pas. Isu kalimah Allah yang hangat diperkatakan kini merupakan isu yang dicipta oleh UMNO dalam usaha memerangkap Pas, demikian menurut Dato' Seri Nizar dalam tazkirah selepas maghrib sebentar tadi di At-Thoif, Kuala Kangsar.

Namun keputusan Majlis Syura Pas Pusat nyata mengecewakan UMNO apabila keputusan tersebut berjaya membuktikan kematangan dan keterbukaan Pas dalam menangani isu- isu agama.

Keputusan Majlis Syura, hasil muzakarah bersandarkan Al- Quran dan Hadis jelas membuktikan bahawa tidak ada sebarang dalil daripada Al- Quran dan Al- Hadis yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Malah penggunaan kalimah Allah oleh bangsa Yahudi dan Nasrani sudah berlaku dari zaman Rasulullah S.A.W lagi.

Dalam konteks aqidah, Allah merupakan Tuhan sekalian alam bermakna Tuhan kepada semua manusia dan makhluk di alam ini. Oleh yang demikian usaha UMNO yang memainkan isu kalimah Allah ini lebih bersifat perkauman semata- mata untuk menimbulkan kebencian terhadap kaum- kaum lain.

UMNO juga secara tidak langsung, menanamkan fahaman syirik terhadap orang Islam dengan menganggap bahawa Allah adalah Tuhan kepada orang Islam manakala penganut agama lain mempunyai Tuhan mereka sendiri. Ertinya secara tidak langsung UMNO mngakui kewujudan Tuhan selain daripada Allah.

Ini jelas berlawanan dengan tuntutan kalimah syahadah yang menegaskan bahawa hanya Allah Tuhan yang esa dan tidak ada Tuhan lain selain daripada Allah.

Malah yang lebih peliknya kenyataan Dato' Nazri Aziz Ahli Palimen, Padang Rengas bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh gereja- gereja di Sabah dan Sarawak tetapi tidak boleh digunakan oleh gereja- gereja di Semenanjung jelas menunjukkan isu ini hanya dipolitikkan.

Namun beliau (DSR NIzar) amat yakin bahawa rakyat yang celik maklumat sangat matang menilai sesuatu isu berdasarkan rentetan peristiwa- peristiwa yang berlaku. Sebagai contoh, demonstrasi- demonstrasi bantahan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh Agama lain jelas tidak mendapat halangan dari pihak berkuasa malah mendapat restu daripada pemimpin- pemimpin UMNO/BN sendiri.

Selepas solat Isyak beliau bergegas ke program forum bersama bloggers Perak Ekspres di UREKA Kuala Kangsar.

"UMNO BUSUK HINGGA KE USUS"