17 February 2010

Hadiah UMNO/BN Perak kepada Melayu






Selepas berjaya merampas Kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat, kini UMNO-BN meneruskan agendanya untuk menindas rakyat. Walaupun pelbagai dan tohmahan dilemparkan terhadap pimpinan DS Nizar semasa menjawat jawatan MB kononnya boneka DAP dan sebagainya, UMNO Perak cuba muncul untuk menggambarkan bahawa mereka adalah pejuang Melayu yang sebenar.

Kini wajah sebenar kerakusan UMNO Perak dapat disaksikan dengan insiden perobohan kawasan ladang seluas kira- kira 15 hektar yang telah diusahakan sejak 12 tahun yang lalu di Ayer Kuning, Taiping, Perak. Kawasan tanah terbiar tersebut diusahakan oleh sekumpulan 10 orang dengan tanaman sayur- sayuran, penternakan lembu, kambing dan ikan telah lenyap sekelip mata oleh pasukan daripada Pejabat Tanah larut Matang dan Selama dengan kerjasama dari pihak FRU, polis, JKR dan jentera dari syarikat GAMUDA.

Pada saat kaum Tionghua di Tambun menerima khabar gembira diberikan hak milik kerana mengusahakan tanaman limau bali, maka kaum Melayu di Ayer Kuning terpaksa berduka kerana segala usaha serta penat lelah selama 12 tahun ranap dalam masa 3 jam sahaja.

Ketika Pakatan Rakyat Perak mengurniakan geran hak milik kepada penduduk di Kampung Baru, UMNO menjaja disegenap kampung kononnya Pakatan Rakyat menggadai tanah kepada Cina. 

Kini, tindakan UMNO Perak terhadap pengusaha pertanian di Ayer Kuning, saling tak tumpah seperti tindakan Rejim Zionis meruntuhkan penempatan penduduk Islam di Palestin. 

Di mana letaknya semangat Melayu yang sering dilaung- laungkan?

Rakyat perlu sedar, slogan UMNO untuk membela kaum Melayu hanyalah mainan politik untuk mengambil hati pengundi- pengundi Melayu. Hakikat yang sebenar... UMNOlah yang yang bertanggungjawab menggadaikan tanah- tanah rizab Melayu yang semakin hari semakin pupus sejak merdeka.