12 February 2010

KENYATAAN MEMALUKAN TPM sempena MAULIDUR RASUL

Malang sungguh rakyat Malaysia yang saban hari dihidangkan dengan berita- berita pembohongan oleh media pro UMNO/ BN. Terkini, rakyat Malaysia didahulukan dengan berita kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengharamkan perarakan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Seperti biasa pemimpin- pemimpin UMNO akan menyambut isu seumpama ini dengan mengeluarkan kenyataan- kenyataan menambahkan perisa berita yang disampaikan oleh media- media berkenaan.

Amat malangnya bagi rakyat Malaysia yang dipimpin oleh golongan yang yang sangat cetek akal pemikiran dengan membuat kenyataan- kenyataan hanya bersumberkan maklumat dari sebelah pihak. Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) adalah antara yang awal memberi respon terhadap isu tersebut. Ini diikuti oleh beberapa pimpinan UMNO serta Ulama- Ulama pro UMNO.

Sedangkan Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan sama sekali kebenaran berita yang disampaikan oleh media pro UMNO/BN tersebut. Seperti biasa tidak ada pun kenyataan daripada YAB Lim Guan Eng yang disiarkan oleh media- media pro UMNO/ BN.

Sejak diberikan mandat oleh rakyat untuk memimpin Pulau Pinang, Lim Guan Eng merupakan antara pemimpin bukan Melayu yang pertama dalam sejarah di Malaysia, menyertai sendiri perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

Umat Islam di Malaysia sewajarnya amat malu dengan kenyataan TPM yang memberikan gambaran negatif sikap orang Islam kepada bukan Islam. Hanya disebabkan kepentingan politik, beliau sanggup bersetongkol dengan penyebar- penyebar fitnah.