ADUN- ADUN atau mana- mana Ahli Parlimen yang melompat parti dicabar melepaskan semua jawatan jika benar- benar ikhlas dan bermaruah. Rakyat semakin bosan dan muak dengan sikap ahli- ahli politik, yang melompat parti dengan alasan kononnya parti yang disokong selama ini sudah tersasar daripada matlamat perjuangan sebenar.
Selepas rakyat memberikan pengharapan yang tinggi terhadap PAS, PKR dan DAP dalam pilihanraya umum ke- 12, namun telah lahir seekor demi seekor KATAK yang mengisytiharkan diri sebagai ADUN atau Ahli Parlimen Bebas.
Bermula dengan Ibrahim Ali yang mendapat EHSAN daripada PAS bertanding di atas tiket PAS, bila menang lupa diri dan asal usul menghentam pimpinan Pakatan Rakyat termasuk PAS sendiri, lebih sudu dari kuah berbanding UMNO.
Kalau Si Ibrahim Ali bertanding atas tiket BEBAS PRU ke- 12, comfirm HILANG WANG PERTARUHAN.
Diikuti dengan ADUN- ADUN PKR dan DAP di Perak, menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang sebelum PRU ke- 13.
Virus KATAK ini menular hingga ke Kedah, Selangor dan terbaru di Pulau Pinang. ADUN- ADUN & Ahli Parlimen yang berpotensi mewarisi virus katak ini sudah dapat dilihat dan dijangkakan berdasarkan pertunjuk dan situasi politik sekarang ini, cuma menunggu masa dan ketika. Sama- samalah kita tunggu....
Sekiranya mereka ini benar- benar bermaruah, sepatutnya mereka mengembalikan mandat kepada rakyat untuk memilih wakil- wakil mereka di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen dengan meletakkan jawatan seperti mana yang dilakukan oleh Datin Seri Wan Azizah di Permatang Pauh dan Ahmad Fairuz di Penanti.
Yang anihnya YB- YB ini hanya berani melepaskan jawatan mereka dalam parti tapi masih sayang jawatan mereka sebagai ADUN atau Ahli Parlimen, atau pun jawatan- jawatan mereka dalam syarikat- syarikat milik kerajaan yang dilantik melalui politik.
Sikap sebegini jelas membuktikan bahawa adakah mereka ini benar- benar bertindak atas dasar perinsip atau hanyalah lakonan lantaran rasa tidak puas hati atau mendapat habuan dari pihak lain.
Sikap profesional Bekas Timbalan Menteri Buruh , Datuk Kalakau Untol dari Sabah yang mengisytiharkan keluar dari BN dan menyokong Pakatan Rakyat, serta melepaskan semua jawatan dalam anak syarikat milik kerajaan membuktikan bahawa tindakannya jelas bukan di atas kepentingan peribadi.
Semoga lebih ramai lagi KATAK- KATAK dari Pakatan Rakyat yang akan menjelmakan rupa diri sebenar seberapa segera untuk membersihkan Pakatan Rakyat daripada individu yang hanya berjuang untuk kepentingan peribadi semata- mata sebelum PRU ke-13.