09 November 2010

PESTA KHURAFAT kerana MUFTI PERAK MEMBISU

Seperti biasa Mufti Perak akan membisu beribu- ribu bahasa untuk menjaga periuk nasinya apabila pemimpin UMNO melanggar hukum hakam agama. Beliau hanya akan menunjukkan kejantanannya apabila timbul isu- isu agama yang diputarbelitkan oleh media BN apabila melibatkan pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat.

Lihat sahaja isu DS Nizar memegang lilin dalam kes kematian Teo Beng Hock, Harussanilah antara panglima agama UMNO yang paling awal mengecam tindakan DS Nizar.

Apabila timbul isu pemimpin DAP masuk ke tempat- tempat ibadah orang Islam, maka Harussanilah juga antara ahli agama yang paling awal memberikan respon menempelak pihak yang membenarkan orang bukan Islam masuk ke masjid atau surau.

Apabila timbul isu khatib yang mendoakan Lim Guan Eng diberikan hidayah dalam khutbah, Harussani jugalah antara ulama pro UMNO yang membidas perbuatan khatib tersebut. Malah banyak lagi kenyataan Mufti Perak ini yang begitu lantang memberi respon terhadap isu- isu yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya PAS.

Bila timbul isu pelanggaran hukum hakam agama yang melibatkan pemimpin UMNO... beliau membisu seribu bahasa, dia buat deek je.. walaupun Dewan Pemuda Pas Perak telah menghantar memorandum bantahan kepada beliau sendiri.

Sikap double standard yang ditunjukkan oleh Harussani ini sangat memalukan bagi seluruh umat Islam di Perak khususnya. Kedudukan dan pengaruh beliau sebagai mufti yang paling OTAI di Malaysia ternyata gagal digunakan sepenuhnya untuk menegakkan kebenaran.

Malah beliau sama ada sengaja atau tidak sengaja membiarkan dirinya diperalatkan oleh pencacai- pencacai UMNO untuk berhadapan dengan Pas.

Kesannya, pemimpin- pemimpin UMNO khususnya di Perak kini bermaharaja lela dalam menganjurkan program- program berbentuk pesta khurafat kerana memperolehi keredhoan daripada Harussani. Perbuatan Zambery tersebut hanyalah bibit awal ke arah lebih banyak lagi program- program kerajaan negeri yang bakal menghidupkan kembali amalan khurafat di negeri ini.

Harussani bertanggungjawab di atas semua peristiwa ini... malah sikap DAYUS beliau terhadap pemimpin UMNO akan menjadikan beliau sebagai mufti yang akan dihina dipenghujung kariernya sebagai mufti.

Sekiranya beliau merasakan tidak mampu untuk menegur pemimpin- pemimpin UMNO... adalah menjadi kewajipan baginya untuk meletakkan jawatan kerana pencen beliau amat mencukupi untuk menampung sisa umur hidup beliau.

Malah beliau akan kembali dihormati sekiranya berundur secara terhormat.

"ZAMBERY...BAPA KHURAFAT PERAK"