03 November 2010

RASUAH: Kenyataan SPR bercanggah, SI PERKAKAS al- Kataki pulak yang melompat

Kes 1: Batu Sapi melibatkan UMNO.

Ketika Wanita UMNO menabur wang RM 20 di Batu Sapi, Pengerusi SPR kata itu BUKAN RASUAH. Menurut Pengerusi SPR itu lagi, perkara itu sukar dibuktikan kerana penerima wang tersebut tidak diketahui akan memangkah siapa ketika mengundi kerana undi itu adalah rahsia.

 Kes 2: Galas melibatkan Pas

Di Galas, lain pula kenyataan SPR, yang datangnya daripada Timbalan Pengerusi SPR. Beliau mengatakan pemberian wang zakat oleh Pas terhadap Muallaf  adalah RASUAH

Pengerusi SPR menggunakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Si Penerima wang perlu dibuktikan telah mengundi parti yang memberi wang) untuk MENGHALALKAN perbuatan UMNO. Manakala Timbalan Pengerusi SPR menggunakan Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954 (wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah) untuk MENGHARAMKAN tindakan Pas.

Nampaknya Timbalan Pengerusi SPR tersebut telah mendahului SPRM dengan menjatuhkan hukuman bersalah kepada Pas dan bertindak di luar bidang kuasanya. Sebelum itu, Pengerusi SPR sendiri mengakui bahawa SPR hanyalah menjalankan urusan pilihanraya dan bukan menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang melanggar kesalahan rasuah dalam pilihan raya.

Sekiranya SPR nak membantu UMNO/ BN untuk menang sekalipun, janganlah nampak sangat. Cover... coverlah sikit. Adakah penggunaan akta kesalahan pilihan raya hanya dikenakan kepada parti- parti tertentu sahaja.

Bila keluar berita pemberian zakat oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Muallaf yang dikatakan rasuah oleh SPR dan BN, maka sepantas kilat Si PERKAKAS al- kataki membuat laporan polis terhadap perbuatan Tuan Guru Nik Aziz. Wal hal pemberian wang RM 20 oleh wanita UMNO terlebih dahulu dilaporkan dalam media- media yang benar- benar demokrasi, tiada sebarang reaksi daripada Si Perkakas al- Kataki.


Si PERKAKAS ni pun antara speasis  NGO yang pelik terdapat di dunia ni. Walau pun tidak diiktiraf oleh sebahagian besar pemimpin UMNO tapi dengan muka tak malunya masih menyimpan harapan untuk berbaik- baik dan diterima oleh UMNO. Ibarat "HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG- SORONG"