16 January 2011

PRK TENANG: PAS BUKTIKAN TIDAK KETANDUSAN PEMIMPIN PELAPIS

Pengisytiharan Pn. Normala Sudirman sebagai calon Pas di Pilihanraya Kecil DUN Tenang sebentar tadi membuktikan bahawa Pas sentiasa bersedia mengetengahkan pemimpin- pemimpin muda untuk menerajui kepimpinan parti.

Beliau merupakan bekas guru yang mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Tuanku Bainun. Sejak di Maktab Perguruan lagi beliau sudah pun menunjukkan bakat kepimpinannya apabila dipilih menjadi Exco Majlis Guru Pelatih. Selain daripada itu beliau juga petah berpoidato malah sering menjadi penngacara majlis dalam program- program yang besar.

Maka langkah Pas memilih beliau yang merupakan anak tempatan sebagai calon adalah langkah yang tepat dan mampu membawa cabaran Pakatan Rakyat.

Pemilihan calon dari pucuk  pimpinan Muslimat ini juga menyangkal tohmahan yang dilemparkan UMNO selama ini bahawa golongan itu sering didiskriminasikan dalam Pas.Apatah lagi ianya berlaku dalam negeri yang dianggap menjadi kubu kuat UMNO.

Kemungkinan besar  kita akan melihat pertembungan antara Muslimat Pas dan Wanita UMNO dalam pilihanraya kecil kali ini. Jika ianya menjadi realiti, satu lagi sejarah tercipta dalam PRK pada penggal ini yang menyaksikan pertembungan antara calon wanita buat pertama kalinya.


Kini calon Pas yang akan membawa cabaran mewakili Pakatan Rakyat bukan lagi menjadi rahsia.... oleh itu...SELAMAT BERJUANG !!!