Dalam kekalutan ibu bapa membuat persiapan persekolahan anak-anak yang dibebani dengan pelbagai bayaran yuran, rakyat Malaysia dihadiahkan lagi dengan pengurangan subsidi terhadap Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah- sekolah rendah.
Mungkin ada ibu bapa yang tak ambil kisah atau tidak sedar tentang masalah ini kerana anak- anak mereka tidak terlibat dengan program tersebut tetapi rata- rata pengusaha kantin sekolah rendah dan juga ibu bapa yang berpendapatan rendah merasai kesannya.
Pengurangan sehingga melebihi 50% jumlah pelajar di sesebuah sekolah yang memperolehi program ini adalah suatu angka yang amat besar. Pengusaha- pengusaha kantin terutamanya di sekolah yang mempunyai jumlah pelajar yang sedikit merupakan golongan yang paling merasai bahang dasar ini.
Tambahan lagi pengusaha- pengusaha kantin terpaksa menaggung kos kenaikan harga barangan makanan yang diumumkan oleh kerajaan baru- baru ini.
Sedangkan program- program yang kononnya untuk kepentingan pelajar seperti Program Permata Pintar mendapat tambahan peruntukan yang berlipat kali ganda dan hanya memberikan peluang dan manfaat kepada segelintir pelajar sahaja.