07 January 2011

PASTI ditubuhkan di SAUK

Pas Cawangan Sauk bersama Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas membuka lembaran baru tahun 2011 dengan penubuhan PASTI yang baru. Ini menjadikan terdapat 7 buah PASTI di Kawasan Padang Rengas.

Dalam mesyuarat pertama penubuhannya baru- baru ini, Pemuda Cawangan Sauk telah diberi mandat untuk menguruskan PASTI berkenaan.

Dengan tertubuhnya PASTI di cawangan Sauk ini membuktikan Pas cawangan Sauk yang dipimpin oleh Ustaz Mohammad Yassin b. Mohd Yusof (mantan calon Pas di DUN Chenderoh), semakin berkembang maju dan diterima baik oleh masyarakat setempat.

Kini Markaz Pas cawangan Sauk mempunyai program yang padat iaitu waktu pagi hingga tengahari sesi persekolahan PASTI , waktu petang pengajian Al-Quran & Fardhu Ain untuk Kanak- kanak bawah 12 tahun, dan waktu malamnya diisi dengan majlis- majlis pengajian ilmu.

Yang menariknya, program- program di Markaz Sauk kini bukan sahaja dihadiri oleh penyokong dan ahli- ahli Pas malah dihadiri oleh ahli- ahli UMNO yang semakin terbuka hati untuk menyokong Pas.

Dakwaan pemimpin- pemimpin UMNO bahawa Pas Sauk tidak akan bertahan lama ketika awal penubuhannya di penghujung tahun 1990an jelas meleset apabila Pas Sauk menang di Saluran ke-2 (PRU ke-12) dan kalah tipis di Saluran 1.

TAHNIAH PAS SAUK !!! TERUSKAN PERJUANGAN !!!