27 November 2012

PAS PERAK JAWAB TOHMAHAN SYAITAN DIKENALI

28 November: Penerangan PAS Perak telah melancarkan siri kempen penerangan "Gelombang Perakite" di DUN- DUN yang ditandingi oleh Pas semalam.
Antara lain untuk memberi penerangan kepada rakyat tentang isu- isu politik serta menjawab tohmahan- tohmahan jahat yang direka cipta oleh UMNO/ BN terhadap Pakatan Rakyat khususnya PAS.
Ustaz Misbahul Munir Masduki (Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak) menyampaikan ceramah di Markaz Lubuk Merbau.
Antara isu yang dibawa ialah berkaitan tohmahan UMNO/ BN yang mendakwa jika Pakatan Rakyat memerintah di Putrajaya atau negeri Perak jumlah kerusi orang Melayu akan menjadi berkurangan di Parlimen dan DUN Perak.
Beliau menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat khususnya di negeri Perak telah berjaya menyelesaikan hampir keseluruhan pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh parti PAS, PKR dan DAP. Ini berbeza dengan UMNO/ BN Perak yang masih gagal menampilkan calon- calon mereka kerana masih bertelagah dan berebut kerusi sesama sendiri.
Secara keseluruhannya pembahagian kerusi DUN Pakatan Rakyat Perak mengikut komposisi kaum ialah 38 kerusi Melayu (PAS dan PKR) manakala 21 kerusi bukan Melayu (PKR dan DAP) . Daripada keseluruhan kerusi Pas bertanding sebanyak 22 kerusi DUN manakala DAP bertanding hanya 18 kerusi DUN selebihnya ialah PKR.
Oleh yang demikian tohmahan UMNO bahawa DAP akan menguasai kerajaan adalah tuduhan yang tidak berasas kerana adalah mustahil untuk DAP memerintah bersendirian tanpa sokongan dan kerjasama dari PAS dan PKR.
Manakala peringkat parlimen pula secara umumnya pembahagian kerusi Pakatan Rakyat mengikut komposisi kaum ialah 131 kerusi Melayu dan 91 kerusi bukan Melayu. Daripada keseluruhan jumlah kerusi DAP hanya bertanding 60 kerusi parlimen. Kalau DAP menang semua kerusi parlimen pun mereka tak dapat memerintah Malaysia bersendirian.
Sebenarnya UMNO/ BNlah yang menjadi pengkhianat sebenar berkurangnya jumlah kerusi orang Melayu di parlimen. Contoh berdasarkan PRU ke-12 yang lalu:
1. Parlimen Bandar Tun Razak: Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR) mengalahkan Datuk Tan Chai Ho (MCA).
2. Parlimen Kuantan: YB Fuziah Salleh (PKR) mengalahkan Dato’ Fu Ah Kiow (MCA)
3. Parlimen Kota Raja: YB Dr. Sitii Mariah (PAS) mengalahkan S.A. Vigneswaran (MIC).
Jelas menunjukkan kemengan calon- calon PAS dan PKR tersebut telah menambahkan jumlah kerusi Melayu di Parlimen.
4. Parlimen Gerik: Calon Gerakan YB Tan Lian Hoe mengalahkan calon Pas. Sedangkan parlimen tersebut mejoriti pengundi Melayu adalah tinggi. Persoalannya mengapa BN tidak meletakkan calon UMNO dalam parlimen tersebut jika benar- benar mahu menambah kerusi Melayu di parlimen?
Persempadanan semula kawasan pilihanraya pada tahun 2003 juga jelas menunjukkan pengkhianatan UMNO/ BN terhadap orang Melayu.
Kawasan parlimen di negeri- negeri mejoriti Melayu yang tinggi tidak diberi penambahan seperti di Kedah, Kelantan, Terengganu kerana kebimbangan bertambahnya kerusi Pas yang mendapat sokongan yang tinggi daripada pengundi Melayu pada ketika itu. Contohnya di parlimen Baling, Kemaman dan sebagainya sepatutnya menerima penambahan kerusi parlimen kerana jumlah pengundinya hampir mencecah 90 000 pengundi.
Kerusi parlimen yang ditambah hanya di kawasan- kawasan yang mempunyai pengundi bukan Melayu yang tinggi khususnya di bandar dan Sarawak. Namun "mood" pengundi kini berubah kerana sokongan bukan melayu kini beralih kepada Pakatan Rakyat menyebabkan "senjata makan tuan".
Oleh yang demikian jelas menunjukkan bahawa UMNO/ BNlah sebenarnya yang telah mengkhianati Melayu. Apa yang dilakukan oleh UMNO/ BN sekarang hanyalah suatu usaha menagih simpati rakyat dalam keadaan rakyat mahukan perubahan...