12 November 2012

ZAMAN MENJADI PENYOKONG PAS SUDAH BERLALU.. DATO' TUAN IBRAHIM

SAUK: Ketua Penerangan Pas Pusat (Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man) dalam ucapannya dalam program Hi Tea bertempat di perkarangan Rumat Mat Laji, Kg. Biong, Sauk menegaskan bahawa zaman sebagai penyokong Pas sudah berlalu. Kini sudah sampai masanya penyokong Pas menjadi pendokong dan pekerja parti.
Beliau berasa cukup senang melihat petugas- petugas di kawasan Padang Rengas yang memperlihatkan gabungan antara golongan lama dan muda.
"Kami pernah muda suatu ketika dulu, tetapi yang muda belum pernah berasa tua. Yang muda biarkan dengan cara orang muda". Beliau merujuk kepada pemuda- pemuda yang mengiringi beliau dari Lubuk Merbau ke Sauk.
"Gulai pucuk paku... pucuk paku mesti yang muda... dan santannya mesti dari kelapa yang tua... baru sedap rasanya".
Walaupun ucapannya dalam waktu yang agak singkat, tetapi padat dengan nasihat dan panduan agar kita istiqamah dalam perjuangan.
"Pas tidak pernah tergelincir dari dasarnya, kalau Pas tergelincir dari dasarnya, Pas akan berkubur lebih awal dari parti Semangat 46. Dasar Pas tidak pernah berubah, yang berubah ialah pendekatan. Dulu kita membawa slogan Negara Islam... tetapi orang bukan Islam telah ditakutkan dengan Negara Islam. Kita ubah pendekatan dengan menawarkan Negara Berkebajikan... orang bukan Islam menunjukkan sokongan kepada Pas".
"Adakah Negara Berkebajikan itu bukan Negara Islam"?
"Seperti mana nama Al-Quran yang mempunyai pelbagai nama... Al- Kitab, Al- Furqan dan sebagainya, adakah ia kitab yang berbeza? Begitu juga dengan Allah yang mempunyai 99 nama".
"Maka sebutlah Negara Berkebajikan.... Negara yang Adil... Negara yang Aman... semuanya adalah Negara Islam".
Selesai sahaja minum petang Konvoi Pemuda Kawasan mengiringi beliau ke Lenggong untuk program seterusnya.