07 December 2012

MUKTAMAR PERTAMA & TERAKHIR... AL- FATIHAH

Tuan Haji Abdullah Omar (Mantan OCPD Slim River) telah menghembuskan nafas yang terakhir awal pagi tadi di kediamannya di RT 20A lot 4671 Kg. Baru Kamunting, Taiping, Perak

Selepas bersara, beliau telah mengumumkan menyertai Pas dan begitu aktif menyampaikan ceramah di pentas- pentas Pas.

Lebih sayu apabila mengenangkan ucapannya dalam Muktamar Pas Pusat baru- baru ini, selaku perwakilan dari Taiping dengan nada bersungguh- sungguh beliau meminta maaf kepada seluruh perwakilan dan ahli Pas di atas kesalahannya sepanjang perkhidmatannya dalam perkhidmatan polis. Beliau begitu menyesal di atas tidak tanduknya terhadap Pas terutamanya ketika beliau berada dalam SB.

Antara kata- kata yang masing terngiang- ngiang di telinga ini ketika ucapannya dalam sidang Muktamar Pas Pusat baru- baru ini... "apa yang saya tak pernah buat kepada Pas?..."

Di peringkat DUN Chenderoh, beliau pernah berceramah di Dataran Pakatan Rakyat, Sauk dan yang terakhir beliau dijadualkan berceramah di Kota Lama Kiri pada 4/12/2012 yang lalu bersama Ustaz Idris Ahmad tetapi beliau tidak dapat hadir kerana uzur.

Jenazahnya akan disolatkan di Masjid Kg. Expo Kamunting, Taiping, Perak. Mudah- mudahannya rohnya dicucuri rahmat... AL- FATIHAH...