02 December 2012

PAS BANTU MANGSA BANJIR DI KG. CHUAR DAN KATI

Ust Jamaluddin bertungkus- lumus membantu salah sebuah rumah mangsa

2 Disember: Kampung Chuar dan Kati telah dilanda bajir malam tadi. Menurut penduduk tempatan ini merupakan banjir terburuk yang pernah berlaku di kawasan tersebut.

Seluruh pimpinan dan jentera Pas Kawasan Padang Rengas telah bergegas ke tempat berkenaan. Misi bantuan kecemasan yang diketuai oleh YDP Pas Kawasan (Ust. Jamaluddin Ahmad), Naib YDP Pas Kawasan (Dr. Azalan Radzi), Ketua Pemuda Pas Kawasan dan Sdr Md Zailani (Ketua Penerangan MTD Chenderoh).

Anggotan Unit Amal Pemuda Pas Kawasan, ahli- ahli Pas cawangan yang berhampiran turut membantu membersihkan rumah- rumah mangsa yang terlibat

Rata- rata mangsa tidak sempat menyelamatkan sebahagian besar harta benda kerana air yang begitu deras dan cepat naik.

Selain daripada membantu membersihkan rumah- rumah mangsa, pihak Dewan Muslimat Pas Kawasan juga berjaya menyalurkan bantuan pakaian terutamanya kepada kaum muslimat.

Banjir berkenaan juga telah menyebabkan kerosakan pada jambatan Velley di Chuar serta 2 buah jambatan kecil di Kg. Terap, Kati.

Menurut penduduk tempatan kekarapan banjir sejak kebelakangan ini adalah disebabkan kerja- kerja pembalakan yang tidak terkawal di kawasan bukit di Lata Perahu, Chuar. Ini merupakan banjir yang kedua dalam tempoh 2 minggu. Banjir pertama telah berlaku pada 16 November 2012 yang lalu.

Misi bantuan tamat pada jam 5 pagi tadi. Pihak mangsa berasa amat terharu dengan kehadiran sukarelawan dari pihak PAS dan tidak putus- putus mengucapkan rasa terima kasih atas keprihatinan pimpinan dan ahli Pas serta pemuda- pemuda Pas yang sanggup bergelumang dengan lumpur untuk membantu mereka.

 
 Dr. Azalan yang sentiasa bersama rakyat ketika susah dan senang
Sdr Md. Zailani, Ketua Penerangan MTD
Unit Amal Pemuda Pas Kawasan