07 December 2012

ULAMA UMNO IBARAT SERAI DALAM TOMYAM

Ustaz Idris Ahmad (AJK Pas Pusat) menyatakan bahawa ulama tidak sesuai duduk dalam UMNO.
Mereka ibarat serai dalam tomyam. "Serai dalam tomyam hanya digunakan untuk mendapatkan baunya sahaja sedangkan serai tak dimakan pun".
Ulama UMNO juga ibarat daun kari dalam kari. "Daun kari hanya digunakan untuk mendapatkan bau karinya sahaja sedangkan daunnya tak dimakan orang".
Itulah letaknya kedudukan ulama dalam UMNO. Berbeza dengan Pas yang meletakkan ulama di kedudukan yang tertinggi dalam menentukan hala tuju perjalanan parti.
Sebab itu Pas terus diterima rakyat walau pun sejarah telah membuktikan walaupun segelintir pimpinan utama Pas sudah tidak lagi bersama dengan Pas namun kedudukan parti tidak terjejas.
Contohnya Pas pernah kehilangan Presiden apabila Dato' Asri Muda keluar parti. Bekas Setiausaha Agung Pas (Ust Nakhaei) juga telah masuk umno dan beberapa pemimpin yang lain.
Namun, kehilangan mereka tidak sedikit pun menjejaskan parti kerana dasar Pas jelas dan dari sehari ke sehari Pas semakin kuat dan diterima oleh rakyat.
Beliau bercakap demikian ketika menyampaikan ceramah di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.