08 September 2010

PENYAMPAIAN BANTUAN DI CAWANGAN PAS SAUK

Semalam pihak PAS Cawangan Sauk telah menyampaikan bantuan kepada 30 orang miskin serta OKU bagi meringankan beban mereka dalam menyambut Aidilfitri. Majlis telah disempurnakan sendiri oleh Ustaz Mohammad Yassin b. Yusof selaku Timbalan YDP Pas Kawasan Padang Rengas merangkap Ketua Pas Cawangan Sauk yang merupakan calon Pas di DUN Chenderoh pada PRU ke-12 yang lalu.

Dalam ucapannya beliau melahirkan rasa terharu terhadap sumbangan serta sokongan yang telah diberikan oleh jamaah dalam menjayakan program ini. Walaupun tidak lagi memegang tampuk pemerintahan kerajaan namun Pas akan sentiasa berusaha untuk membantu meringankan beban orang ramai mengikut kemampuan yang sedia ada.

Beliau juga menjelaskan bahawa beliau sekadar menyempurnakan amanah yang diberikan oleh parti serta orang ramai dan menegaskan bahawa bantuan yang disalurkan ini tidak mengira fahaman politik kepartian. Pas tidak memaksa mana- mana individu yang menerima bantuan ini untuk menyertai Pas, tetapi berharap mereka dapat memikirkan dengan rasional bentuk kepimpinan yang dapat memebawa ummah ke jalan yang diredhoi Allah.