Seperti biasa salah sebuah masjid di DUN Chenderoh mengadakan kuliah maghrib. Sudah menjadi kebiasaan orang kampung mengambil kesempatan menghantar juadah makanan dengan niat bersedekah. Malam tu seorang hamba Allah bersedekah roti canai (agak banyak kuantitinya).
Selepas solat isyak, semua jamaah menikmati hidangan terutamanya roti canai. Seorang sahabat amat terkejut dengan perangai pengerusi masjid tersebut yang sedang "main tuju- tuju" cebisan roti canai dengan rakannya. Kedua- duanya umur pesara yang layak di panggil Tok.
Lantas...dijerkahnya kedua- dua orang tua berkenaan, berang melihat perangai orang tua yang tak sepatutnya berlaku. Sahabat ni terus pulang tanpa menjamah juadah tersebut. Manakala pengerusi masjid dan rakannya terkebil- kebil malu apabila semua pandangan jamaah tertumpu kepada mereka.
Nasib rakyat selagi UMNO memerintah... apabila jawatan diserahkan kepada yang bukan ahlinya hanya kerana atas dasar kepentingan politik...