20 May 2012

BUKTI DAP ANTI ISLAM



Tahniah buat UMNO... akhirnya berjaya membuktikan DAP anti Islam.

Tanggal 19 Mei 2012 telah membuktikan bahawa Islam  tertindas di bawah pemerintahan DAP. Padang Kota Lama, Pulau Pinang telah menjadi saksi bahawa penindasan DAP terhadap Islam terserlah apabila ribuan manusia telah berkumpul dan sujud di situ. Buat pertama kalinya azan berkumandang megah di ruang udara Padang Kota Lama, diiringi dengan solat berjamaah dan diikuti dengan majlis ilmu.

Kehadiran Ustaz Azhar Idrus di pentas ceramah.... menghangatkan lagi majlis pada malam itu diiringi dengan persembahan artis- artis yang sudah mula berjinak- jinak dengan dakwah Islam.

Suasana seumpama ini membimbangkan UMNO kerana berlawanan dengan fitrah kejadian UMNO itu sendiri.

Suasana ini berlawanan sama sekali dengan suasana pemerintahan Barisan Nasional sebelum ini yang menjamu rakyat terutama golongan muda dengan program serta aktiviti yang menghayal serta merosakkkan  di tempat yang sama.

Suasana semalam dilihat berlawanan sama sekali dengan fitrah kejadian UMNO yang lebih suka rakyat khayal dengan candu hiburan yang melalaikan agar rakyat tidak ambil peduli atas kerosakan UMNO selama mereka mentadbir negara.

Lantas.... inilah buktinya DAP anti Islam menurut perspektif UMNO yang dicanang ke seluruh pelusuk kampung dan pedalaman di seluruh negara.

UMNO kata DAP anti Islam.....
Apabila ruang dakwah Islam terbuka seluas- luasnya di bumi Pulau Mutiara pada masa kini..

UMNO kata DAP anti Islam...
Apabila para Hafiz mendapat perhatian yang khusus daripada Ketua menteri Pulau Pinang

UMNO kata DAP anti Islam...
Apabila kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang menaikkan peruntukan bagi Hal Ehwal Agama Islam jauh lebih besar berbanding semasa pemerintahan BN....