28 May 2012

PAS SUMBANG JERSEY BOLA SEPAK KEPADA TEAM BELIA


Kampung Seterus, 25 Mei: Dikala Pas ditohmah oleh UMNO/ BN dengan pelbagai cara oleh media pro BN, masyarakat ternyata semakin matang untuk menilai pemimpin yang benar- benar berjuang untuk kesejahteraan rakyat. UMNO terbukti salah menilai pemikiran politik masyarakat Malaysia kini yang tidak lagi akan menelan bulat- bulat apa sahaja propaganda yang dimainkan oleh media arus perdana.

Sambutan masyarakat di DUN Chenderoh terhadap Pas semakin menyerlah apabila Pas tidak lagi dilihat sebagai sebuah parti politik malah sudah menjadi pilihan utama kepada masyarakat untuk mengadu dan menyelesaikan masalah masyarakat.

Baru- baru ini bertempat di Dewan Orang Ramai, Kg. Seterus, Sauk Pas telah berjaya menyempurnakan permintaan belia- belia tempatan yang memohon sumbangan "Jersey Bola Sepak" untuk pembangunan sukan di peringkat kampung.

Pada malam berkenaan Dr. Azalan Radzi (Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Padang Rengas) telah menyampaikan jesey berkenaan kepada wakil- wakil pasukan untuk 3 buah kampung iaitu Kampung Sauk, Seterus dan Kati.

Dr. Azalan berharap dengan sedikit sumbangan yang mampu diberikan, diharapkan belia- belia  DUN Chenderoh dapat  menarik minat anak- anak muda yang lain untuk bergiat dalam bidang sukan khususnya bola sepak dengan lebih serius hingga mampu mencapai profesional.

Di akhir sesi majlis berkenaan anak- anak muda termasuk penduduk kampung mengambil peluang bergambar dengan Dr. Azalan yang turut dihadiri oleh jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas.