28 May 2012

SAMBUTAN LUAR JANGKAAN HI TEA BERSAMA YB TIAN CHUA DI SAUK


Sauk, 26 Mei: Di tengah- tengah kesibukan Pasar Malam Pekan Sauk pada hari itu, Restauran Baru Lau Kai menjadi tumpuan umum apabila masyarakat cina memenuhi ruang restauran tersebut untuk menikmati minum petang bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Pimpinan tempatan pakatan rakyat diwakili oleh Dr. Azalan Radzi (PAS) serta Dr. Meor (PKR).Tetamu khas pada petang itu iaitu YB Tian Chua (Naib Presiden PKR) telah menarik kehadiran kaum tionghua untuk mendengar ucapan serta kupasan isu- isu terkini politik negara. Sambutan di luar jangkaan masyarakat cina pada petang itu tidak pernah berlaku pada musim pilihan raya sebelum ini.

Sebelum ini kaum tionghua lebih selesa bersikap mendiamkan diri terhadap sokongan kepada parti pembangkang, namun suasana masa kini jauh berubah.

Mereka sendiri yang menguruskan program tersebut dari awal hingga akhirnya. Mereka mengeluarkan wang sendiri tanpa sponsor dari pihak penganjur tidak seperti mana program BN yang disediakan secara percuma.

Komitmen yang ditunjukkan ini jelas membuktikan betapa tingginya azam kaum tionghua untuk membuat perubahan politik pada PRU ke- 13 nanti.

Momentum kebangkitan rakyat di DUN Chenderoh diteruskan pada malam tersebut dengan ceramah umum di Dataran Pakatan Rakyat Pekan Sauk oleh YB Tian Chua sendiri sebagai penceramah utama.