30 May 2012
MEDIA UMNO/ BN PELAHAP SELEPAS KEBULURAN
Media UMNO/ BN seolah- olah manusia yang dalam kebuluran tiba- tiba dijamu dengan makanan. Maklumlah dah lama tak makan... bayangkanlah betapa pelahapnya bila dapat makanan. Tak kira apa yang datang di depan mata semua disebatnya.
Itulah yang dapat saya gambarkan tentang isu Twitter Dato' Seri Nizar berhubung dengan bidaan plat WWW1 oleh Sultan Johor.
Cara isu ini dimainkan oleh media pro UMNO/ BN seolah- olah DS Nizar telah melakukan dosa paling besar mengikut hukum Allah. Hanya kerana twitter beliau yang dilihat agak kritis sehingga membawa kepada siasatan polis.
Cara isu ini disiarkan sehingga sampai ke tahap menggambarkan bahawa DS Nizar menuduh Sultan Johor menyalah gunakan wang kerajaan adalah sesuatu yang sangat melampau dan sudah keluar dari etika kewartawanan.
Rakyat boleh melihat sendiri twitter yang hangat diperkatakan seperti di atas. Tidak ada SEKELUMIT pun ayat yang menuduh Sultan Johor menyalah gunakan wang rakyat.
Sekarang muncullah hero- hero yang kononnya hendak mempertahankan institusi raja sedangkan merekalah juga yang mengaibkan intitusi raja suatu ketika dahulu.
Walau apa pun, tahniah buat DS Nizar yang berani melontarkan idea- idea yang telah membuka minda masyarakat dan telah mengeluarkan rakyat khususnya orang Melayu dari kejumudan yang telah ditanam oleh penjajah dan disambung oleh UMNO/ BN sebagai pewarisnya.
Tahniah, DS Nizar yang berani tampil memohon maaf walaupun tidak ada sebarang kesalahan yang telah dilakukan. Itulah sifat pemimpin Pakatan Rakyat yang berjiwa besar dan berani bertanggung jawab di atas setiap apa yang diucapkan.
Rakyat jangan lupa penghinaan UMNO Terengganu kepada Sultan Terengganu...
Labels:
www1