PEMBOHONGAN TERKINI UTUSAN MALAYSIA
Keikhlasan UMNO mencanangkan isu penyatuan UMNO- PAS hanyalah gimik politik semata- mata. UMNO diibaratkan seperti anjing yang sedang tersepit dan terkial- kial untuk melepaskan diri lalu mengharapkan ihsan sesiapa sahaja yang ada di depan mata untuk membantunya.
Mengharapkan rakan komponennya seperti MCA, MIC, PPP dan Gerakan untuk membantunya nampaknya menemui jalan buntu kerana mereka sendiri masing- masing sedang menghidap kudis buta yang semakin merebak.
Tiba- tiba teringat akan bekas rakan lamanya yang pernah diterajang keluar dari Perikatan/BN suatu ketika dulu iaitu PAS. Umpanan demi umpanan ditebarkan dengan harapan salah satu daripada umpannya akan mengena. Dengan isu kerajaan perpaduannya, dengan tawaran kebendaan dan jawatan, dengan isu Melayunya dan sebagainya.... sehingga kini belum ada umpannya yang betul- betul mendatangkan hasil.
Tidak cukup dengan peranan yang dimainkan oleh pemimpin- pemimpinnya, UMNO mempergunakan proksi- proksi lain selain saluran politik yang boleh dijadikan kuda tunggangan untuk menjayakan misinya.
Siapa sahaja yang dilihat boleh digunakan untuk kepentingannya, UMNO akan menjadikannya sebagai kambing hitam di barisan hadapan untuk bersemuka dengan PAS. Maka dipergunakanlah PERKASA yang kononnya memperjuangkan hak Melayu, Mufti Perak yang begitu HUSNU DZHON kepada UMNO serta media pro BN.
Ulasan- ulasan media pro BN yang memainkan isu penyatuan PAS- UMNO jelas membuktikan sejauh mana keikhlasan UMNO terhadap agenda penyatuan Melayu. Apa yang dipaparkan penuh dengan dusta, fitnah dan sampah yang hanya ingin memperlihatkan bahawa PAS sebenarnya tidak bersedia untuk bersatu.
Terkini, bagaimana Utusan Meloya memaparkan pendustaan yang tidak dapat di maafkan terhadap Mursyidul Am Pas.
Berikut adalah kenyataan daripada Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat terhadap Utusan Meloya.
"Paparan
muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini nyata sekali berniat untuk
memburuk-burukkan saya. Saya tidak menyebut perkataan "tidak tahu
malu" manakala pepatah "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong" itu
saya tujukan kepada UMNO itu sendiri, bukan kepada pihak-pihak yang
lain. Sekian dimaklumkan." petikan kenyataan facebook Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat