18 October 2010

BAJET 2011: ORANG POLITIK BN TERSENYUM... KAKITANGAN AWAM BERPUTIH MATA

"Tapi saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan. Bonus satu bulan telah belanja RM3.1 bilion pada kerajaan...kalau ikut hati memang saya nak beri bonus tapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab saya tidak boleh belanja lebih daripada pendapatan negara." Najib Tun Razak

Bukanlah kakitangan awam golongan yang terlalu mengharapkan bonus akhir tahun daripada kerajaan. Namun alasan Najib terlalu mudah untuk menutup kelemahan pengurusan kewangan negara.

Sedangkan kenaikan elaun yang diterima oleh Pengerusi JKKK/ JKKP hampir mencecah seratus peratus membabitkan perbelanjaan setiap bulan.Kita sedia maklum Pengerusi JKKK/ JKKP tersebut merupakan lantikan politik yang biasanya memegang jawatan dalam cawangan- cawangan UMNO.

Jadi wajarkah alasan perbelanjaan RM 3.1 bilion dapat diterima?

Begitu juga projek- projek yang melibatkan isteri beliau mendapat perhatian dan peruntukan yang luar biasa berbanding dengan apa yang diperolehi oleh kakitangan awam.

Diharap seluruh kakitangan awam dapat menilai realiti sebenar perkembangan ekonomi negara, setelah Najib GAGAL memberikan bonus untuk kali kedua berturut- turut kepada kakitangan awam dalam era pentadbiran beliau.