Pelbagai pihak terus memberikan tekanan dan bantahan terhadap konsert artis 'gay' , Lambert yang bakal berlangsung pada 14 Oktober 2010 di stadium Bukit Jalil.
Ketika masyarakat terus membantah kehadiran artis tersebut kerana peribadinya yang berlawanan dengan agama dan adat ketimuran, bantahan daripada tokoh- tokoh agama tempatan dalam kerajaan masih lagi belum kedengaran.
Sama ada bantahan daripada menteri- menteri yang memegang portfolio agama atau mufti- mufti yang dalam keadaan selesa bekerja di bilik berhawa dingin.
Kebiasaannya mufti Perak merupakan mufti yang sentiasa dijadikan rujukan terhadap isu- isu semasa. Namun sejak menjadi hero dan penceramah isu- isu politik melayu serta istiqomahnya beliau menyerang PAS nampaknya beliau seringkali ketinggalan memberikan pendapat terhadap isu- isu semasa.
Sama ada beliau 'tak tau' atau buat- buat 'tak tau' tidaklah dapat dipastikan.
Sehingga saat ini beliau masih lagi membisu tentang kehadiran arti 'gay' yang bakal mengadakan konsert di Malaysia. Mungkin kerana ianya mendapat 'lampu hijau' dari pemimpin UMNO/ BN. Saya amat yakin, sekiranya konsert itu dianjurkan oleh Kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor atau Kelantan nescaya beliau akan bingkas bangun dari kerusi empuknya serta keluar dari bilik berhawa dinginnya untuk membantah kehadiran artis berkenaan dan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya PAS habis- habisan !!!.