31 October 2010

DUIT SUMBER JUDI... UMNO PATUT KUTIP SEMULA DI SELURUH MALAYSIA

Bila kerajaan Pulau Pinang memberikan bantuan kewangan kepada warga emas, UMNO tak senang duduk kerana bimbang rakyat semakin menyokong Pakatan Rakyat. Lalu diperbodoh- bodohkan warga emas di Pulau Pinang bahawa wang bantuan tersebut dari sumber judi. Kemudian dihebahkan ke seluruh negara bahawa golongan yang berjaya diperbodohkan itu memulangkan semula wang tersebut disebabkan termakan hasutan UMNO.

Yang menjadi kemusykilannya kini, ke mana perginya wang yang telah dipulangkan kerana hingga setakat ini kerajaan Pulau Pinang belum pun menerima kembali wang tersebut. Jangan golongan warga emas berkenaan ditipu dua kali sudah.... Yang pasti wang tersebut kini dalam simpanan UMNO... Nasib engkaulah duit...

Keprihatinan UMNO dalam perkara- perkara halal dan haram SECARA TIBA- TIBA tersebut sangatlah terpuji. Tapi bagaimana pulak hasil judi dari kerajaan pusat berjumlah 2.3 bilion pada tahun 2009 dalam akaun kementerian kewangan yang tidak diasingkan?

Bukankah wang tersebut telah digunakan untuk membayar gaji kakitangan awam, menyalurkan bantuan- bantuan, serta projek- projek pembangunan?

Apa yang dilakukan UMNO di Pulau Pinang hanyalah sandiwara semata- mata. Keprihatinan tentang soal halal dan haram yang ditunjukkan oleh UMNO hanya menyerlahkan sifat keMUNAFIKan yang telah lama menebal dalam darah daging UMNO itu sendiri.

Jika UMNO benar- benar ikhlas... nah !!! bawaklah tabung tersebut ke seluruh negara agar rakyat Malaysia mengembalikan segala bentuk bantuan dan pemberian kewangan oleh kerajaan pusat kerana jelas segala jenis cukai dan sumber yang haram tidak diasingkan akaunnya.