23 October 2010

TUKANG KIPAS ROSMAH MULA MAINKAN PERANAN

Selepas dikecam pelbagai pihak berhubung penglibatan Rosmah dalam Festival Busana Islam yang jelas menghina Nabi Muhammad, kini Rosmah mungkin boleh menarik nafas lega apabila ada juga di kalangan golongan berpendidikan dan berkelulusan Agama mempertahankannya.
Kemunculan Fathul Bari Mat Jahya dilihat amat kena pada tempatnya apabila jelas memperlihatkan wajah sebenar keperibadian beliau. Tanpa menyentuh tentang isu pokok iaitu "penghinaan terhadap Rasulullah" beliau lebih berminat untuk memperkatakan adab dalam menegur pemimpin.

Beliau bersama gerombolannya disebut sebagai Ulama Muda UMNO. Layakkah golongan seumpama ini digelar sebagai ulama? Cadangan beliau agar diwujudkan Majlis Ulama UMNO memperlihatkan kedangkalan beliau terhadap sejarah UMNO itu sendiri.

Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO tidak serius dalam menegakkan syariat Allah sehingga membawa kepada penubuhan PAS. Sekiranya Majlis Ulama UMNO itu diwujudkan, golongan itu hanya akan diberi peranan sebagai TUKANG BACA DOA dalam majlis- majlis anjuran UMNO atau sebagai TUKANG SELAWAT dalam perarakan Majlis Maulidur Rasul setiap tahun sahaja.

Walau apa pun kita sama- samalah lihat bagaimana puak- puak yang dikatakan Ulama Muda UMNO ni akan menari mengikut lenggok pemimpin- pemimpin UMNO.

Yang pasti, Rosmah tidak akan kepanasan lagi kerana Tukang- Tukang Kipasnya sudah bersedia dengan hujah- hujah serta dalil- dalil untuk menyejukkan hatinya !!!