22 August 2010
FENOMENA LIM GUAN ENG HANTUI UMNO
Dosa Lim Guan Eng pada UMNO disebabkan beliau berketurunan cina dan berparti politikkan DAP. Sudah pasti Lim Guan Eng tidak akan menjadi sasaran serangan UMNO sekiranya beliau dari keturunan Melayu dan beragama Islam.
Itulah sikap rasis UMNO yang diwarisi sejak zaman penjajah lagi. Slogan 1 Malaysia hanyalah bersifat retorik untuk mengembalikan sokongan kaum cina terhadap BN.
Dulu kini dan selamanya UMNO menggambarkan kepada orang Melayu bahawa parti DAP adalah ekstrim cina yang menjadi ancaman terhadap hak dan keistimewaan orang melayu di Malaysia. Oleh itu, media pro BN memainkan peranan yang agresif bagi memburukkan imej DAP di mata orang Melayu.
BN sudah pasti akan terus berkuasa sekiranya orang Melayu termakan propaganda yang dimainkan terhadap DAP.
Tiba- tiba PAS dan DAP telah merintis jalan untuk memecahkan tembok perkauman yang dibina oleh UMNO selama ini. Melalui Pakatan Rakyat, orang Melayu tidak lagi berasa gentar untuk memberikan undi kepada DAP, manakala orang cina tidak lagi berasa curiga dengan perjuangan Pas.
PAS tetap dengan ideologinya, manakala DAP terus dengan ideologinya tetapi ruang yang ada dalam titik persamaan itulah yang menjadi teras persefahaman antara PAS dan DAP. Menurut YB Salahuddin Ayub (ketika ucapan perasmian Konvensyen Pas Perak baru- baru ini). itulah keunikan yang ada dalam Pakatan Rakyat, walaupun parti- parti politik berlainan ideologi tetapi dapat duduk bersama.
Perkongsian PAS dan DAP ini telah membuka lembaran baru dalam sejarah dakwah tanahair, di mana DAP yang digambarkan oleh UMNO sebagai parti ekstrim cina kini sudah mula menunjukkan kesantunan terhadap Islam.
Pimpinan- pimpinan DAP sudah mula membaca ayat- ayat al- Quran dalam ucapan dan ceramah- ceramah mereka, pimpinan DAP sudah mula menghormati ulama- ulama (terutama pimpinan PAS), bersama- sama meraikan program- program berkaitan dengan Islam seperti Sambutan Maulidur Rasul, tahlil, berbuka puasa, dan sebagainya.
Malah Lim Guan Eng secara terbuka mengkagumi dan ingin mencontohi kepimpinan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.
Begitu juga konsep Amar Ma'ruf Nahi Munkar yang menjadi cita- cita Lim Guan Eng untuk diterapkan dalam masyarakat perlu dilihat sebagai positf dalam konteks dakwah.
Begitu juga pengiktirafan- pengiktirafan kepada para Hafiz di Pulau Pinang semakin membengongkan UMNO.
Inilah yang menggerunkan UMNO kerana mereka berjuang bukan kerana Islam. Mereka amat mengharapkan agar pimpinan DAP terus mengkritik dasar- dasar Islam yang dibawa oleh Pas namun ianya tidak berlaku seperti diharapkan.
Peruntukan terhadap agama Islam juga jauh lebih tinggi pada zaman pemerintahan Lim Guan Eng berbanding pemerintahan BN di Pulau Pinang sebelum ini. Walaupun UMNO sedar realiti sebenar tidak seperti mana yang mereka gambarkan, namun ianya telah memberikan kesan yang besar terhadap kemerosotan sokongan rakyat Pulau Pinang kepada BN.
Isu khutbah yang mengaitkan nama Lim Guan Eng, merupakan salah satu daripada isu yang menjadi mainan UMNO masakini dan akan lenyap juga akhirnya ditelan zaman. Serangan seumpama ini bukanlah suatu yang baru seperti mana isu- isu yang telah terkubur begitu sahaja seperti larangan perarakan sambutan Maulidur Rasul, pengharaman bazar ramadhan dan sebagainya.
Kini UMNO Pulau Pinang akan terus dihantui dengan fenomena Lim Guan Eng sehingga pilihanraya Umum ke- 13 akan datang.
"MUDAH- MUDAHAN LIM GUAN ENG DIBERI HIDAYAH UNTUK MEMELUK ISLAM"
Labels:
Lim Guan Eng