04 August 2010
GURU- GURU DI KUALA KANGSAR DIKERAH JUMPA TPM
Gara- gara lawatan Timbalan Perdana Menteri, guru- guru di daearah Kuala Kangsar, Perak telah dikerah memenuhkan dewan Tun Sambanthan, Sungai Siput. Mulai jam 12 tengahari hari ini (Khamis: 5/8/10) murid- murid di daearah Kuala Kangsar akan menjadi mangsa kepentingan pihak atasan apabila setiap sekolah diwajibkan menghantar seramai 10 orang guru untuk meraikan kehadiran Timbalan Perdana Menteri tersebut.
"Mengkome bayangkan, sebuah sekolah akan keluar seramai 10 orang guru waktu persekolahan".
Sikap double standard pihak PPD mengundang rasa tidak senang pada sebahagian besar guru- guru yang dilihat tidak konsisten dalam arahan- arahannya.
Menurut maklumat yang diterima dari pihak guru, pihak JPN/ PPD/ Pengurusan Sekolah sendiri tidak membenarkan sebarang aktiviti selain daripada pengajaran & pembelajaran (P&P) diadakan pada waktu sebelah pagi dengan alasan akan mengganggu proses pembelajaran.
Sebarang program atau aktiviti seperti mesyuarat, kursus, sukan dan aktiviti- aktiviti luar (kecuali program- program tertentu) hanya dibenarkan pada sebelah petang atau hari Sabtu. Sedangkan aktiviti- aktivi berkenaan masih lagi dalam konteks yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah.
Untuk memastikan guru- guru menghadiri dengan paksa rela, tuntutan perjalan tidak dibenarkan dan pihak PPD telah menyediakan bas untuk mengangkut guru- guru seperti mana modus operandi program- program yang dibuat oleh UMNO.
Peristiwa yang sama juga pernah berlaku di daearah Kuala Kangsar di mana guru- guru dikerahkan untuk menghadiri sesi dialog bersama dengan Menteri Besar haram, Zamberi Kadir juga di Sungai Siput. Sedangkan wakil- wakil Rakyat Pakatan Rakyat dinafikan haknya untuk menghadiri program- program di sekolah dalam kawasan mereka.
Labels:
isu guru