12 August 2010

MUFTI PERAK MASIH MEMBISU

Mufti Perak masih lagi membisu apabila melibatkan isu- isu yang membabitkan kepentingan politik UMNO/BN. Antaranya isu rampasan kuasa di Perak yang masih belum dijawabnya dari sudut hukum Islam. Soalan itu diajukan kembali oleh Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika sidang DUN Perak yang dikendalikan oleh perompak- perompak pada 3 Ogos lalu.

Mufti Perak juga buat- buat tak tahu apabila kerajaan pimpinan Zambery sedang menjual harta rakyat Perak semata- mata untuk mendapatkan sokongan undi masyarakat cina. Contohnya pemberian sebanyak RM 50 ribu kepada setiap bahagian MCA di Perak, pemberian tanah kepada sekolah- sekolah persendirian cina yang melibatkan tanah yang mempunyai hasil balak berbanding sekolah- sekolah agama rakyat, serta pemberian tanah kepada kroni- kroni UMNO/ BN untuk dijual kepada tauke- tauke cina.

Inilah antara sebab kenapa beliau hanya diberi masa 15 minit untuk bercakap dalam sidang DUN Perak selaku Ketua Pembangkang kerana kedayusan Zambery untuk menjawab persoalan- persoalan dari Pakatan Rakyat.

Ketika Pakatan Rakyat memerintah secara sah di Perak Dato' Seri Nizar ditohmah sehingga kini sebagai penggadai tanah kepada cina, walaupun beliau mencabar Ahli- Ahli Parlimen BN dalam sidang Parlimen, agar  menyenaraikan tanah- tanah yang telah digadaikan kepada cina namun gagal dijawab hingga kini oleh UMNO/BN.

Pakatan Rakyat Perak akan membuat roadshow sedikit masa lagi untuk mendedahkan penyelewengan- penyelewengan penjualan tanah oleh UMNO/ BN di Perak.

Beliau juga mempersoalkan di dalam sidang DUN tentang rasional mufti Perak mengikuti rombongan UMNO menggunakan dana kerajaan negeri ke luar negara seperti di Syria, Australia dan sebagainya.

Itu adalah antara intipati ketika beliau menyampaikan tazkirah di Musollah Lubuk Batu Padang Rengas malam tadi.