02 August 2010

SAMAN EKOR: Hak Pengguna Di Sisi Undang- Undang

Belum reda kekalutan rakyat angkara kenaikan harga barangan utama, kini rakyat dikejutkan pula dengan isu Saman Ekor. Ramai pengguna yang mengeluh tidak dapat memperbaharui cukai jalan atau lesen memandu disebabkan telah disenarai hitamkan atas kesalahan Saman Ekor.

Atas keprihatinan Pakatan Rakyat beberapa langkah telah diambil bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan yang sewajarnya sepertimana yang termaktub di dalam undang- undang.

Antaranya dengan menubuhkan Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) bagi berbincang dengan pihak berkuasa bagi menangani isu ini dengan bijaksana.

Selain daripada itu, pihak Pakatan Rakyat di negeri Perak juga akan mengadakan taklimat khas mengenai Saman Ekor oleh Pengamal Undang- Undang di Pejabat Perhubungan Pas Negeri Perak pada 3.8.2010 jam 11 pagi bagi menjelaskan hak pengguna dari sudut undang- undang.

Selain daripada itu, pihak Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Kelantan juga memutuskan bahawa tindakan menyenarai hitamkan pemilik kenderaan disebabkan sama ekor juga melanggar perintah mahkamah sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280. 

Sama- sama kita tunggu dan lihat...