05 August 2010

SKIM CEPAT KAYA 1 MALAYSIA

Walaupun Malaysia sebuah negara yang kecil, tapi Malaysia menunjukkan antara negara yang mempunyai syarikat jualan langsung (MLM) yang terbanyak di dunia. Ada juga syarikat- syarikat berkenaan yang berselindung di sebalik satu... dua produk untuk menutup aktiviti skim cepat kaya yang dijalankannya.

Maka berlumba- lumbalah mereka yang mencari keuntungan sekelip mata untuk melabur dalam syarikat- syarikat berkenaan kerana terpengaruh dengan watak- watak yang telah pun menjadi jutawan sekelip mata walaupun yang dah jadi papakedana lebih ramai jumlahnya.

Melihat kepada senario ekonomi negara pada masa kini belum menunjukkan tanda- tanda ianya akan pulih walaupun selepas kuasa Perdana Menteri berpindah tangan kepada Najib. Walaupun sering dicanangkan tentang kemasukan pelabur- pelabur asing ke negara kita namun ianya hanyalah lakonan politik semata- mata.

Sekiranya dilihat dari sudut peruntukan kepada penjawat- penjawat awam, tuntutan- tuntutan perjalanan dihadkan malah ada ketikanya tidak dibenarkan membuat tuntutan... kononnya sebagai langkah berjimat- cermat. Padahal takde fulusss.

Kegagalan kerajaan memberikan bonus tahunan kepada kakitangan awam pada penghujung tahun 2009 juga merupakan satu sejarah kegagalan Menteri Kewangan yang dipegang oleh PM sendiri menguruskan ekonomi. Sudah pastilah kakitangan awam akan memberikan satu lagi peluang kepada Najib untuk mengumumkan bonus kepada kakitangan awam pada penghujung tahun 2010. Sekiranya Najib gagal memberikan bonus... episod malang BN akan diteruskan dalam PRU ke 13.

Kegagalan BN menguruskan ekonomi negara menyebabkan BN terpaksa menggunakan plan skim cepat kaya untuk menjana ekonomi negara. Biasanya skim cepat kaya hanya akan menguntungkan orang di atas setelah memerah keringat orang bawahan.

Kini wang rakyat dikerahkan untuk menampung ketempangan ekonomi negara. Harga barangan keperluan harian mula dinaikkan dengan mengurangkan subsidi. Dengan kata lain, rakyat terpaksa berbelanja lebih, kerajaan menjimatkan perbelanjaan.

Bukan sekadar harga petrol dinaikkan malah rakyat DIPAKSA pula untuk membayar SAMAN EKOR. Pihak polis trafik akan menyorok dalam hutan, atas bukit, bawah jambatan dan sebagainya untuk memerangkap pengguna jalanraya yang melebihi had laju. Selang beberapa bulan sampailah notis saman ekor. Kalau tak bayar, tanggunglah akibatnya bila nak memperbaharui lesen memandu atau cukai jalan.

Persoalannya sekarang adakah saman ekor berkenaan bertujuan mendidik pengguna atau MENCARI KEUNTUNGAN? Kebanyakan pengguna terperangkap di jalan pada had laju 60 km/j. Secara logiknya adakah pengguna akan memandu dalam kelajuan 60 km/j dalam keadaan jalanraya dua lorong serta bukan ditempat yang sesak.


Kini kerajaan ada cara mudah untuk menambahkan sumber kewangan melalui skim cepat kaya 1 Malaysia.