Itulah sikap sebenar UMNO/ BN. Kalau nak kata lidah bercabang pun boleh... nak kata cakap tak serupa bikin pun boleh atau apa saja yang sesuai.... Tapi yang tepatnya, itulah sifat MUNAFIK yang ada pada UMNO.
Dalam keadaan tertentu mengajak PAS terutamanya untuk bersatu... tapi dalam masa yang sama menggunakan kuasa yang ada menghalang program- program anjuran PAS dan juga Pakatan Rakyat.
PROGRAM HIMPUNAN WARGA FELCRA
Program himpunan Warga Fercra di Changkat Lada diganggu oleh pihak polis dari awal hingga malamnya. Walaupun diadakan di tanah persendirian, pihak polis tanpa menghiraukan undang- undang bertindak menceroboh kawasan berkenaan yang membawa kepada beberapa siri tangkapan hinggakan pihak pengajur terpaksa membatalkan program ceramah.
Walaupun lebih kurang 500 meter dari tempat ceramah, Ahli Parlimen Pasir Salak TERPAKSA menganjurkan Majlis Tilawah al- Quran pada malam yang sama untuk mengelakkan warga felcra mendengar ceramah, namun kerana sikap KEBETINAAN yang ada pada ahli Parlimen UMNO tersebut, terpaksa juga menggunakan pihak keselamatan untuk menghalang program anjuran PAS di situ.
Nampaknya, Ahli Parlimen Pasir Salak, hanya berani berkokok dalam Parlimen sahaja namun gentar berhadapan dengan musuh- musuh politiknya dalam situasi politik yang sebenar.
UPACARA ANTI- ISA
Selain di Changkat Lada, beberapa siri tangkapan juga dilakukan bagi menghalang himpunan anti ISA di seluruh negara.
Himpunan dan simbolik menyalakan lilin pada jam 9 malam menandakan bantahan terhadap akta zalim yang diwarisi dari penjajah sejak 50 tahun lalu dijadualkan diadakan serentak di beberapa lokasi di seluruh negara. Antara tangkapan yang dilakukan di Petaling Jaya, manakala di lokasi- lokasi lain seperti di Ipoh dan di George Town pihak polis memberikan notis amaran dan menghalang orang reamai daripada memasuki tempat yang diramalkan berlakunya himpunan tersebut.
CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI RENGIT, JOHOR
Kalau himpunan anti ISA dikatakan dihalang polis dengan alasan tiada permit, bagaimana pula halnya dengan ceramah Pakatan Rakyat di Rengit, Johor? Permit telah pun dipohon tapi tidak pula diluluskan oleh pihak polis.
Akibatnya pihak penganjur telah mengubah lokasi ceramah di Markaz Pas. Walaupun pihak polis dikatakan mengarahkan agar ceramah tersebut diadakan dalam dewan markaz, tetapi polis mengubah fikiran tidak membenarkan ceramah tersebut diadakan. (UMNO bagi arahan le tu...).
3 peristiwa tersebut berlaku dalam dua hari berturut- turut namun ianya hanyalah secubit bukti KEMUNAFIKAN dan KEBETINAAN UMNO/BN.
So... sewajarnya rakyat boleh menilai sendiri keikhlasan UMNO dalam isu perpaduan ini... terutamanya MUFTI PERAK !!!